penat dengan kawan kawan yang hanya berkawan untuk berkongsi masalah dan bukannya berkawan untuk berkongsi kegembiraan. masa secubit yang kita minta dari mereka seperti segunung besarnya. bertanya khabar pada kita dengan mengharapkan kita akan bertanya khabar pada mereka semula dan bukannya ikhlas mahu tahu khabar kita sebenarnya. masih bertahan dengan perangai mereka sebab sebagai kawan, bimbang kalau kalau mereka asyik tenggelam dengan kebodohan sendiri tapi nampaknya, mereka memang suka tenggelam dengan kebodohan mereka sendiri. memandangkan nasihat saya seperti bunyi lalat dan kebaikan saya asyik disalahguna, minta minta pendirian saya ini teguh dan saya tidak akan goyah kali ini. biarkan mereka tenggelam saja. perlahan lahan.